Wednesday, July 31, 2013

"Indonesia pelengkap armada perang", Kata 'Utusan', Media Malaysia



Modernisasi peralatan militer Indonesia akan selalu menarik perhatian negara-negara tetangga, seperti Singapura, Malaysia, Australia, dan lain-lain. Mungkin bahkan bisa menimbulkan kekhawatiran tersendiri dari mereka, jika hal ini tidak dilakukan dengan hati-hati. Indonesia harus bisa meyakinkan para tetangga bahwa modernisasi peralatan tempur tidak dimaksudkan untuk berperang atau mendukung perilaku agresif, melainkan lebih untuk tujuan penjagaan stabilitias kawasan dan perdamaian. Oleh sebab itu modernisasi perlu dilakukan secara bertahap, langkah demi langkah, dan tidak secara besar-besaran (revolusioner). Hal ini penting agar para tetangga tidak merasa khawatir dan merasa takut terhadap rencana pemerintan RI ini, sehingga stabilitas kawasan utamanya regional ASEAN tetap bisa stabil, aman, damai, dan terbebas dari perlombaan senjata.

Gaya kepemimpinan Presiden Indonesia yang mengedepankan kohesivitas hubungan baik dengan para tetangga di Asia Tenggara /Australia dan jauh dari kesan ingin mendominasi telah memberi pengaruh positif di tingkat ASEAN, sehingga di tengah-tengah modernisasi peralatan militer ini tidak menimbulkan rasa khawatir terhadap mereka semua. Ini tak lepas dari sikap Indonesia yang selama ini berhasil membangun 'budaya persaudaraan' di antara sesama negara ASEAN, dan hal ini menimbulkan rasa 'trusting' atau saling percaya tersendiri antara Indonesia dengan negara-negara lain di kawasan Asia Tenggara bahwa pembangunan industri pertahanan dan keamanan nasional bukanlah sesuatu yang patut ditakutkan. Malaysia, bagaimanapun juga adalah saudara serumpun, sama-sama ras Melayu, demikian pula halnya dengan Brunei Darussalam dan negara-negara lain anggota ASEAN adalah ibarat satu keluarga. 

Kepemimpinan Indonesia di tingkat ASEAN yang sangat baik sehingga kawasan ini bebas dari perang dan menjadi kawasan yang paling solid di dunia telah diakui sukses oleh PBB, Uni Eropa, AS, dan juga negara-negara lain di dunia. Ini jika kita melihat ada perbedaan dengan kawasan seperti Asia Selatan (India-Pakistan saling curiga), Asia Timur (Jepang-Korea-China tampak saling curiga/perang), Timur Tengah, dan bahkan Eropa (Yugoslavia porak-poranda dilanda perang, Barat (Inggris)-Rusia masih saling usir duta besar masing-masing), dan lain-lain. ASEAN masih lebih adem dibandingkan  dengan kawasan lain yang kadang panas dan kadang dingin.  Terkait dengan modernisasi alutsista nasional Indonesia, berikut ini ulasan dari salah satu media Malaysia, Utusan, yang ditulis oleh Borhan Abu Samah : 
     

Indonesia Pelengkap Armada Perang

Oleh BORHAN ABU SAMAH


ISU persempadanan dengan beberapa negara jiran khususnya Malaysia menjadikan Indonesia kini lebih ghairah memperbaiki kelengkapan armada perang yang agak ketinggalan kerana dibatasi kemampuan kewangan.

Dari segi pertahanan, Singapura masih yang terbaik di rantau ini, namun pembangunan jangka panjang industri pertahanan Indonesia akan berada setidak-tidaknya sama taraf dengan negara-negara lain di rantau Asia Tenggara.

Peningkatan usaha untuk melengkapkan aset ketenteraan negara kepulauan itu terserlah pada pameran ketenteraan yang berlangsung di Jakarta baru-baru ini atau dikenali sebagai Indodefence, Indoaerospace dan Indomarine 2010.

Pada pameran itu Indonesia melahirkan minat untuk menambah stok kapal selamnya yang kini berjumlah dua buah. Pembelian itu adalah daripada syarikat dari Korea Selatan, Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering (DSME).

Kapal selam yang menarik minat Indonesia adlh jenis DW SSK-11 berukuran 56.4 x 6.2 x 11.5 meter. Kapal selam itu mempunyai kelajuan sehingga 22 knot di dalam air dan 12 knot di permukaan air serta dilengkapi dengan empat torpedo.

Rancangan untuk membeli kapal selam tersebut disuarakan Panglima Tentera Laut Indonesia, Agus Suhartono yang kini merupakan Panglima Tentera Indonesia pada Ogos lalu.

Indonesia juga berminat membeli salah satu produk jet latihan supersonik T-50 bagi menggantikan pesawat Hawk MK-53 yang sudah tua. Hasrat itu dilahirkan Panglima Tentera Udara Indonesia, Marsekal Imam Sufaat, April lalu.

Negara itu turut bekerjasama dengan satu lagi syarikat Korea Selatan iaitu Doosan DST melalui syarikat milik negara PT Pindad bagi mengeluarkan kereta perisai baru yang dilengkapi meriam 90 mm dan roket berdaya jangkau 15 kilometer bernama Tarantula.

Tarantula diutamakan untuk penggunaan Tentera Nasional Indonesia (TNI) berbanding satu lagi kereta perisai Anoa yang dibuat untuk dieksport.

Doosan juga akan menjual 22 buah kenderaan tempur infantri K-21 untuk angkatan darat Tentera Indonesia.

Indonesia juga di peringkat perbincangan dengan syarikat kerjasama India dan Rusia, Brahmos Aerospace untuk membeli roket keluaran syarikat itu yang mampu menjelajah 290 kilometer dengan kelajuan supersonik.

Roket itu boleh dilancarkan dari landasan berbeza-beza sama ada dari bawah laut, permukaan laut, darat dan udara.

Selain itu PT Pindad juga bekerjasama dengan syarikat dari Turki, FNSS Savunna Sistemleri AS untuk menghasilkan kenderaan kalis peluru pertempuran darat. PT Pindah dikatakan telah membeli lesen dua peralatan tempur untuk pengeluaran sendiri.

Kecenderungan negara jiran itu adlh untuk bekerjasama membangunkan armada perangnya daripada membeli peralatan perang semata-mata. Konsep tersebut bukan sahaja memberi kesan positif kepada ekonomi tempatan, bahkan untuk jangka panjang ia lebih mudah untuk meremajakan aset armada perang.

Indonesia juga tidak ketinggalan bekerjasama dengan negara tetangga terdekatnya iaitu Malaysia.

Malaysia berminat untuk membeli kenderaan perisai jenis Anoa bagi menggantikan kenderaan perisai Condor buatan Britain. Anoa kini digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia yang menyertai misi perdamaian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan. Malaysia dijangka membeli 32 buah Anoa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika berkunjung ke Indodefence berkata, pembelian aset ketenteraan dari negara jiran itu adlh sebahagian daripada kerjasama rantau ASEAN di dlm bidang ketenteraan bagi mengelak daripada terus bergantung kepada pengeluar aset dri negara Barat.

Selain Anoa, Malaysia juga berminat untuk membeli pesawat CN-235 buatan PT Dirgantara Indonesia untk digunakan bagi rondaan di wilayah maritim.

Namun diharap pembangunan industri ketenteraan jangka panjang Indonesia bukan satu bentuk untuk mewujudkan perlumbaan persenjataan perang, tetapi lebih kepada kepentingan pertahanan negara masing-masing sekali gus untuk menjaga keamanan serta kestabilan rantau ASEAN.



1 comment:

Eril Extrada said...

Sebenarnya banyak pemberitaan kemajuan industri militer indonesia yang di saring oleh pemerintah malaysia dan media tidak boleh mempublikasikanya